Privacy Policy

PRIVACY POLICY
What Kind Of Personal Data We Collect
- Information that you provide to us, such as your name, address, telephone numbers, NRIC No., date of birth, email address, location, information about your transactions with us, etc. We may also collect information about your health and wellness parameters, lifestyle and disease management data, and any other information deemed related through programme, chat, reminder, survey, questionnaire or any other format;
- Information collected by technology when you subscribe to our services, such as your web browser type, Internet Protocol (IP) address, domain name, user profiles, cookies, Android ID, third-party analytics services (e.g. Google Analytics), etc;
- Information collected from third parties or other permissible or authorized sources, such as information regarding the types of products or services which you have received or where you have given your consent via third parties’ websites/platforms to disclose to us information relating to you.
How We Use Your Personal Data
- Assess and process your rewards participation, request or order for any of the products and/or services offered on the Platform;
- Process, facilitate, administer, and/or provide you with the products and/or services offered on the Platform;
- Carry out, manage, and/or maintain your relationship with us and your commercial transactions and dealings with us;
- Process your payments, including providing billing to you, maintaining financial records,
- Assessing or verifying credit/debit card details and facilitating payments of any amount due to us;
- Provide you with service support, management and optimisation, customer support and other related services, including responding to your enquiries or complaints;
- Improve and facilitate our customer services, business development initiatives;
- Profiling your usage and purchasing preferences, including by analysing how you use the products and/or services on a personalized or aggregated basis in order to gather information on demography, interests, and behaviours so that we can better understand you and can tailor the products and/or services in accordance with your preferences;
- Conduct market research or surveys, internal marketing analysis, customer profiling activities, analysis of customer patterns, behaviours and choices, planning and statistical analysis, including preparation of reports of such analysis and the use of the results of such analysis for various purposes, including for the development and marketing of our and/or our selected third-party providers’ products and/or services;
- Promote our products and/or services, or promote products and/or services of third-party providers which we think may be of interest to you;
- Send you seasonal greetings and offers; and
- Any other purposes that are necessary or related to your relationship with us
Disclosure of Your Personal Data
- The Pharm-D Health Science’s group of companies (including the Company’s subsidiaries, related and/or associated companies);
- Other professional advisers, vendors, suppliers, agents, contractors, service providers,
- Business partners, in connection with any of the Purposes above, including third party
- Service providers who personalize the types of information that we receive from you and to customize, improve and develop content and functionality to help us provide you with better products and/or services;
- Successor in title to us;
- Any governmental agencies, regulatory authorities and/or statutory bodies;
- Parties (including but not limited to its advisers/representatives) in connection with any corporate exercises, e.g. any proposed or actual mergers and/or acquisitions, joint venture, funding exercise, asset sales, or for any other matter of such nature which relates to the Company;
What If Personal Data Provided By You Is Incomplete?
Your Rights to Access and Correct Your Personal Data
Personal Data Handled by Our Selected Providers
Information which You Provide via the Platform
Amendments to This Privacy Policy
.
POLISI PRIVASI
Polisi Privasi ini (“Polisi Privasi”) dikeluarkan kepada semua pengguna Platform (termasuk mana-mana dan semua laman web, aplikasi mudah alih, ciri, aplikasi lain dan perkhidmatan berkaitan) (“Platform”), yang dimiliki/disubskripsi oleh AiPharma Healthcare Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Pharm-D Health Science Sdn Bhd (termasuk semua syarikat berkaitannya yang dimiliki sepenuhnya oleh Pharm-D Health Science Sdn Bhd, pengganti hakmilik, dan penerima serah hak) (“Syarikat”, “kami”, “kita” atau “milik kami”), selaras dengan kehendak statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 (“PDPA”).
Jenis Data Peribadi Yang Kami Kumpulkan
Data peribadi bermaksud sebarang maklumat dalam milikan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu sehingga individu tersebut boleh dikenal pasti daripadanya dan daripada maklumat lain dalam milikan kami. Untuk tujuan Polisi Privasi ini, ia termasuk:
- Maklumat yang anda berikan kepada kami seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, alamat e-mel, lokasi, maklumat transaksi anda dengan kami, dan sebagainya. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berkaitan parameter kesihatan dan kesejahteraan anda, gaya hidup, data pengurusan penyakit, serta sebarang maklumat berkaitan melalui program, sembang, peringatan, tinjauan, soal selidik atau mana-mana format lain;
- Maklumat yang dikumpulkan secara teknologi apabila anda melanggan perkhidmatan kami, seperti jenis pelayar web, alamat IP, nama domain, profil pengguna, cookies, Android ID, perkhidmatan analitik pihak ketiga (contohnya Google Analytics) dan sebagainya;
- Maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga atau sumber lain yang dibenarkan, seperti maklumat tentang jenis produk/perkhidmatan yang telah anda terima atau di mana anda telah memberi kebenaran melalui laman/platform pihak ketiga untuk mendedahkan maklumat kepada kami.
Data peribadi ini juga boleh merangkumi data peribadi sensitif, termasuk maklumat tentang kesihatan fizikal atau mental anda, kepercayaan agama, atau sebarang kepercayaan lain yang bersifat serupa, atau sebagaimana ditentukan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda
Data peribadi (termasuk data sensitif) yang dikumpulkan akan digunakan untuk:
- Menilai dan memproses penyertaan ganjaran, permintaan atau pesanan anda terhadap produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di Platform;
- Memproses, memudahkan, mentadbir dan/atau menyediakan produk/perkhidmatan kepada anda;
- Menguruskan dan mengekalkan hubungan komersial anda dengan kami;
- Memproses pembayaran anda, termasuk pengebilan, penyelenggaraan rekod kewangan, pengesahan butiran kad dan memudahkan pembayaran;
- Menyediakan sokongan perkhidmatan, pengurusan, pengoptimuman dan sokongan pelanggan, termasuk memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan anda;
- Memperbaiki perkhidmatan pelanggan kami serta inisiatif pembangunan perniagaan;
- Membuat profil penggunaan dan pilihan pembelian anda;
- Menjalankan kajian pasaran, analisis pemasaran dalaman, pemprofilan pelanggan, analisis corak dan tingkah laku pengguna, serta penyediaan laporan berkaitan; mempromosikan produk dan/atau perkhidmatan kami atau pihak ketiga yang relevan; menghantar ucapan dan tawaran bermusim; dan tujuan lain yang berkaitan dengan hubungan anda dengan kami (“Tujuan-Tujuan”).
Kami juga mungkin menganonimkan atau mengagregatkan data anda untuk menghasilkan Maklumat Tanpa Nama bagi tujuan pengiklanan, pembangunan produk dan kajian pasaran dalaman kami atau pihak ketiga.
Maklumat ini mungkin dikongsi dengan kumpulan syarikat kami, rakan kongsi perniagaan, pengiklan, pengedar produk kesihatan, pengurus tuntutan perubatan dan penyedia perkhidmatan berkaitan yang menjalankan obligasi perniagaan mereka kepada kami.
Kami akan memproses data peribadi anda selaras dengan PDPA, peraturan, garis panduan dan/atau perintah yang berkaitan, dengan mengambil kira pindaan terkini terhadap perkara-perkara tersebut, Dasar Privasi ini serta apa-apa terma privasi yang terkandung dalam perjanjian atau terma penggunaan anda dengan kami. Kami mungkin memproses data peribadi anda dengan cara mengumpul, merekod, menyimpan, menggunakan dan/atau mendedahkannya.
Kami tidak menjual atau secara komersial menyediakan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti tentang pengguna kami kepada mana-mana pihak ketiga (selain dalam bentuk Maklumat Tanpa Nama), melainkan dibenarkan oleh badan penguatkuasa undang-undang untuk mematuhi proses undang-undang dan berkaitan dengan pelanggaran kandungan atau pelanggaran undang-undang yang berkenaan.
Pendedahan Maklumat Peribadi Anda
Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan anda, kecuali kepada:
- Kumpulan syarikat Pharm-D Health Science (termasuk syarikat bersekutu);
- Penasihat profesional, vendor, pembekal, ejen, kontraktor, rakan kongsi perniagaan;
- Pihak ketiga yang menyesuaikan maklumat bagi perkhidmatan kami;
- Pengganti hak milik;
- Agensi kerajaan dan badan berkanun;
- Pihak berkaitan dalam urus niaga korporat seperti penggabungan, pemerolehan, usaha sama, penjualan aset; dan
- Mana-mana pihak yang menjalankan obligasi pemprosesan data atas dasar kerahsiaan, atau seperti yang diwajibkan di bawah undang-undang.
Sekiranya data dipindahkan ke luar Malaysia, perlindungan sewajarnya akan diberi selaras dengan keperluan PDPA.
Ketidaksempurnaan Data Peribadi Anda
Sekiranya anda tidak memberikan data yang diperlukan, kami tidak akan dapat menyediakan produk/perkhidmatan secara efektif kepada anda. Kami akan memaklumkan sekiranya sesuatu data adalah bersifat pilihan dimana anda memperoleh pilihan untuk memberi maklumat tersebut atau tidak
Hak Anda Terhadap Data Peribadi Anda
Anda berhak:
- Mengakses, mendapatkan salinan, mengemas kini atau membetulkan data peribadi anda;
- Mengehadkan pemprosesan data peribadi anda;
- Menarik balik persetujuan anda (dengan makluman bahawa ini mungkin menjejaskan penyampaian perkhidmatan).
Permintaan atau pertanyaan bertulis hendaklah dialamatkan kepada:
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Emel: info@aipharma.com.my
Dengan memberikan data anda, anda bersetuju bahawa semua data yang diberi adalah benar dan lengkap. Anda juga memberi jaminan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga jika anda memberikan data peribadi mereka, termasuk untuk anak bawah umur 18 tahun di mana anda bertindak sebagai penjaga sah.
Data Peribadi Oleh Penyedia Terpilih Kami
Sila ambil perhatian bahawa penyedia perkhidmatan kesihatan kami, yang menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda melalui Platform (contohnya, profesional perubatan seperti doktor, doktor gigi, ahli farmasi dan sebagainya) terikat secara ketat oleh profesional privilege atau kerahsiaan pesakit dan tertakluk kepada kod etika profesional masing-masing seperti yang ditetapkan oleh badan profesional mereka. Kami tidak akan menerima sebarang kewajipan kerahsiaan berkenaan komunikasi kecuali yang dinyatakan secara jelas dalam Terma Penggunaan dan Dasar Privasi kami.
Maklumat yang Anda Berikan melalui Platform
Sekiranya berlaku pelanggaran data yang boleh memudaratkan subjek data, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya PDPA dan individu yang terkesan mengikut kehendak undang-undang.
Penggunaan perkhidmatan oleh anda melalui Platform serta penerbitan atau penyiaran soalan, jawapan, komen, perbincangan atau ciri-ciri lain adalah bersifat peribadi antara anda dan penyedia perkhidmatan kesihatan. Anda hendaklah mempertimbangkan dengan teliti sebelum mendedahkan sebarang maklumat yang khusus kepada individu dan boleh dikenal pasti secara peribadi dalam mana-mana ciri awam, kerana ia mungkin dilihat dan dikumpul oleh pihak ketiga yang mungkin menggunakannya untuk tujuan lain yang berada di luar kawalan kami. Sila gunakan budi bicara dalam menerbit atau menyiarkan sebarang maklumat sensitif.
Kami juga melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai termasuk kawalan capaian, enkripsi dan latihan staf.
Pindaan Polisi
Kami berhak mengemaskini Polisi ini dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan hanya akan terpakai terhadap data yang dikumpul selepas tarikh pengemaskinian.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi Polisi Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Kemaskini terakhir: 1 Jun 2025